Waktu
Solat
10 Mar 2010 24 Rabiulawal 1431
[]

Baitulmal bantu asnaf berniaga

Difailkan dibawah:

Kuala Lumpur, 2 Julai 2009 – “Kira-kira 313 orang sudah menerima bantuan perniagaan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Mei ini” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan  C.  Mohd ketika berucap menyampaikan bantuan perniagaan kepada golongan asnaf yang layak  memulakan perniagaan dan memperolehi pendapatan tetap.

Menurut Anan antara syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon bantuan perniagaan MAIWP seseorang pemohon adalah warganegara Malaysia yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan mempunyai lesen perniagaan serta tapak perniagaan.Tiada had umur ditetapkan asalkan pemohon masih sihat dan jumlah minimum yang diberikan bantuan perniagaan MAIWP sebanyak RM5,000 manakala jumlah maksimumnya RM10,000.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Latihan Pra Perniagaan kepada Penerima Bantuan Perniagaan Usahawan Asnaf Baitulmal MAIWP siri  pertama bagi tahun ini.

Haji Anan sedang beramah mesra dengan para peserta yang menghadiri kursus pra perniagaanHaji Anan sedang beramah mesra dengan para peserta yang menghadiri kursus pra perniagaanSebahagian dari para peserta sedang tekun mengikuti kursus anjuran BaitulmalSebahagian dari para peserta sedang tekun mengikuti kursus anjuran BaitulmalSementara itu, Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP,Mohd Nizam berkata, kursus Latihan Pra Perniagaan kepada Penerima Bantuan Perniagaan Usahawan Asnaf Baitulmal MAIWP itu dijalankan selama tiga hari.

”Seramai 40 peserta kursus didedahkan dengan 10 modul antaranya Bina Diri dan Kenali Diri, Membina Pengurusan Diri, Keluarga Dari Aspek Islam, Membina Kerjaya atau Perniagaan Dalam Konteks Islam serta Slot Kaji Selidik Usahawan”.katanya.

Turut hadir Penolong Pengurus Unit Pembangunan Asnaf Bahagian Baitulmal MAIWP, Azizah Wahab dan Setiausaha Biro Latihan dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor, Amizar Abu Adam.