User login
Bahasa / Language
Zakat Fitrah
RM 7.00
Gold Price
RM 109.41
Yearly Nisab
RM 9,300
Nisab semasa berdasarkan nilai 85 gram emas
- Objektif CSR
- Bantuan Sekolah
- Kalendar Aktiviti
- Senarai Aktiviti
- Galeri Gambar
![]()
- Kertas Kerja
- Jurnal
- Koleksi Teks Khutbah Jumaat dan Tazkirah
- Koleksi Fatwa
- Rujukan Al-Quran
- Rujukan Hadis
![]()
- Kerjaya di PPZ-MAIWP
- Muat turun borang
- Permohonan Online
![]()
- Maklumat Tender
- Muat Turun Borang Tender
- Muat Turun Borang Daftar Pembekal
- Daftar Pembekal Online
- Syarat-Syarat Untuk Pembekal
Ahli terbaru
- Lyn
- anna_75
- alyatr
- jgimmie
- drzulfadzli
Siapa Sedang Online
RSS @ PPZ
Soalan Lazim
Soalan Umum (19)
Wang riba tidak boleh dibersihkan dengan dikeluarkan zakat tetapi perlu diserahkan kesemuanya kepada Pihak Berkuasa Agama untuk kemaslahatan umum.
Harus membuat bayaran zakat sebelum tiba haulnya dan diselaraskan semula apabila cukup haulnya.
PPZ-MAIWP hanya mengeluarkan resit berdasarkan jumlah pembayaran zakat yang diterima sahaja.
Kadar nisab PPZ-MAIWP bagi tahun 2007 adalah RM 6,200 dan bukannya RM 4,600. (Sila rujuk laman web PPZ-MAIWP). Walaubagaimanapun usaha-usaha untuk penyeragaman diperingkat kebangsaan sedang diusahakan.
Berdosa sekiranya cukup syarat-syarat wajib berzakat.
Nombor rujukan pembayar zakat di PPZ-MAIWP ialah nombor kad pengenalan lama atau baru.
Potongan gaji zakat hanya boleh dilaksanakan atas persetujuan majikan dan pembayar. Jika majikan tidak menyediakan kemudahan potongan gaji pembayar boleh memilih saluran bayaran yang lain seperti di Kaunter PPZ, Secara Pos, Kaunter Bank, Kaunter Pejabat Pos, Perbankan Internet dan Arahan Tetap Bank.
Lebihan bayaran zakat melalui potongan gaji tidak akan dipulangkan semula kerana pembayar yang menentukan jumlah potongan zakat yang wajib dibayar semasa mengisi borang potongan gaji. Jika ini berlaku pembayar perlu mengurangkan jumlah potongan bulanan.
Lebihan bayaran tidak akan dipulangkan semula kerana pembayar yang menentukan jumlah zakat yang wajib dibayar.
Pembayaran zakat wang simpanan boleh dibuat dengan menggunakan wang dari mana-mana sumber tidak tertakluk kepada wang dari simpanan tersebut.
Kaedah menunaikan kaffarah adalah berbeza mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Berikut adalah jenis kaffarah dan cara menunaikannya:
i) Kaffarah Jima' (bersetubuh pada siang hari dalam bulan Ramadhan) / Kiffarah Zihar
- Memerdekakan seorang hamba
- Puasa selama 2 bulan berturut-turut
- Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin
(Nilaian untuk memberi makan kepada 60 orang miskin adalah sebanyak segantang beras bagi setiap seorang. Ini bermakna sebanyak 60 gantang beras (bersamaan 168 kg [anggaran setiap satu gantang berharga RM 3.75] menjadikan jumlah keseluruhan 60 gantang = 60 orang miskin = RM 225). Namun begitu, mengikut kebiasaan masyarakat di Malaysia tidak makan nasi kosong semata-mata. Justeru, berdasarkan pandangan daripada Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi nilai ini haruslah dianggarkan kepada jumlah nilai hidangan yang mengenyangkan berdasarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, mengikut kesesuaian masyarakat setempat pihak PPZ-MAIWP mengesyorkan agar nilai harga makanan bagi satu hidangan yang lengkap ialah sebanyak RM5. Oleh itu jumlah kaffarah yang perlu dibayar ialah RM300.
ii) Kaffarah Melanggar Sumpah/Nazar
Kaffarah bagi kesalahan ini mengikut pilihan kemampuan ialah :
- Memberi makan kepada 10 orang miskin (atau dengan nilai RM 5 X 10 orang = RM 50) atau
- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin (pakaian yang dimaksudkan ialah yang sesuai dan menutup aurat serta boleh dibawa sembahyang) atau
- Membebaskan seorang hamba atau
- Berpuasa selama 3 hari berturut-turut.
iii) Kaffarah Pembunuhan Tanpa Niat/Tidak Sengaja
- Membebaskan seorang hamba
- Membayar diyat (satu bentuk bayaran denda) sebanyak 100 ekor unta (atau mengikut anggaran dalam jumlah wang sebanyak RM 100,000).
- Puasa selama 2 bulan berturut-turut beserta taubat nasuha.
Bagi zakat pendapatan lebih afdhal dikeluarkan di negeri tempat bekerja manakala bagi zakat fitrah lebih afdhal dikeluarkan di negeri tempat tinggal.
Kewajipan membayar zakat hanya tertakluk kepada jumlah yang perlu dibayar setelah dibuat pengiraan tetapi jika ianya lebih, bolehlah diniatkan untuk pembayaran zakat harta atau qadha zakat.
Zakat pendapatan dikenakan ke atas semua sumber pendapatan setelah ditolak perbelanjaan asasi dan bakinya melebihi nisab (sila rujuk contoh pengiraan zakat pendapatan).
Tidak dikenakan zakat atas wang pampasan tersebut pada masa diterima, tetapi jika ianya disimpan selama setahun dikenakan atas zakat wang simpanan.
Tidak dikenakan penalti atas kelewatan tersebut.
PPZ-MAIWP hanya mengeluarkan resit berdasarkan jumlah pembayaran zakat yang diterima sahaja.
Pembayaran zakat diberikan rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan.
Kewajipan menunaikan zakat hanya ke atas orang Islam sahaja yang cukup syarat wajib berzakat.
Zakat Pendapatan (8)
Sila rujuk link berikut - Contoh
Fatwa zakat pendapatan telahpun dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Sebarang persoalan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan.
Jumlah tolakan dalam pengiraan zakat ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan ianya adalah panduan yang boleh diguna pakai oleh masyarakat umum. Ini selari dengan ketetapan yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hasil kajian Unit Perancang Ekonomi (EPU). Walau bagaimanapun tolakan boleh dibuat berdasarkan perbelanjaan sebenar selagi ia termasuk didalam perbelanjaan asasi.
Sila hubungi pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) untuk dapatkan penjelasan.
Sebab itu dinamakan zakat pendapatan dan bukannya zakat perbelanjaan. Zakat pendapatan dikira semua sumber yang diperolehi dalam setahun.
Wang pampasan yang diterima wajib zakatnya setelah genap setahun penerimaannya. Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan sekiranya dikeluarkan zakatnya pada masa penerimaan.
Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada zakat harta yang dikenakan ke atas penggajian (hasil usaha) apabila mencukupi syarat-syarat yang tertentu. Manakala zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan.
Perkara-perkara yang dibolehkan ditolak adalah perbelanjaan diri, isteri, anak-anak, ibubapa, caruman KWSP, simpanan di Tabung Haji.
Zakat Emas (7)
Tiada hadis mengenai nisab emas yang sekuat mengenai nisab emas dan disebabkan itu tiada berlaku ijma’ ulama tentangnya. Mengikut Jumhur Fuqaha’ kadar nisab emas ialah 20 dinar iaitu mengikut perhitungan sekarang ialah 85 gram emas. Wallahu’alam.
Berat emas yang dipakai sekira beratnya melebihi 150gm manakala emas yang disimpan melebihi 85gm.
Sila hubungi pihak PPZ-MAIWP. Anda juga boleh merujuk kepada kadar uruf dan kadar nisab.
Nisab bagi emas yang dipakai apabila melebihi kadar uruf (kadar kebiasaan pemakaian) iaitu bersamaan 150 gram emas manakala bagi emas yang tidak dipakai beratnya melebihi 85 gram.
Emas yang dipakai oleh anak yang melebihi uruf wajib dikenakan zakat dan kewajipan tersebut menjadi tanggungjawab kepada anak yang telah pun bekerja.
Sila hubungi pihak PPZ-MAIWP untuk mendapatkan harga emas bagi tahun-tahun lepas.
Syarat-syaratnya Islam, Merdeka, Sempurna Milik, Cukup Nisab dan cukup Haul. Untuk contoh pengiraan, sila rujuk contoh
Zakat Harta (4)
Pembayaran zakat harta melalui kad kredit diharuskan hanya kepada kad kredit berlandaskan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan seperti Kad BIMB, at-Taslif AmBank dan Aiman BSN.
Hasil jualan tanah tersebut sekiranya disimpan dan genap setahun barulah kena zakat sekiranya melebihi jumlah nisab.
Ia bergantung kepada niat semasa membeli aset tetap tersebut. Sekiranya ada niat untuk berniaga maka zakat dikenakan ke atas keuntungan bersih jualan. Juka tiada niat untuk berniaga maka zakat hanya dikenakan selepas genap setahun. (zakat wang simpanan)
Syarat zakat harta Islam, Merdeka, Sempurna Milik, Cukup Haul (setahun) dan cukup Nisab
Zakat Saham (4)
Tidak dikenakan zakat ke atas keuntungan tersebut kerana ianya dari sumber yang meragukan. Manakala jika saham tersebut disimpan selama setahun ianya dikenakan ke atas modal atau nilai terendah saham tersebut yang mana lebih rendah kerana ianya dianggap wang simpanan.
Pengiraannya zakat bagi saham ESOS tertakluk kepada dua keadaan iaitu:
- Pembelian secara tunai sama seperti pengiraan zakat saham
- Pembelian secara hutang atau pinjaman.
i) Jual beli dalam masa setahun handaklah ditolak kos pinjaman.
ii) Disimpan selama setahun dikira dari harga terendah salam masa setahun setelah ditolak kos pinjaman.
Zakat pendapatan dikenakan ke atas semua sumber pendapatan termasuk gaji, komisen, elaun dan lain-lain (Asas pengiraan Zakat Pendapatan adalah seperti taksiran Zakat Pendapatan). Manakala bagi pegangan saham oleh remiser tertakluk kepada pengiraan zakat saham.
Terdapat dua kaedah pengiraan dalam zakat ke atas saham iaitu:
- Saham yang dijual beli dalam tempoh setahun dikenakan zakat 2.5% ke atas keuntungan bersih jika melebihi nisab.
- Saham yang disimpan dalam tempoh setahun dikenakan zakat 2.5% ke atas harga terendah dalam masa setahun jika melebihi nisab.
Kaedah asas pengiraan zakat saham hanya diambil dari keuntungan saham yang dijual beli. Namun bagi saham yang disimpan sekiranya nilai saham tersebut melebihi nisab maka dikenakan zakat.
Zakat wang simpanan dikenakan 2.5% ke atas baki terendah dalam akaun sepanjang tempoh setahun sekiranya melebihi nisab tanpa perlu ditolak hutang.
Tidak dikenakan zakat.
Dikenakan zakat sekiranya jumlah pinjaman kurang dari sijil premium yang dicagarkan (atas bakinya iaitu jumlah sijil premium tolak jumlah pinjaman dalam tempoh setahun) tetapi jika sebaliknya tidak dikenakan zakat.
Zakat KWSP (9)
Bagi menjamin ketelusan pembayaran zakat, resit pembayaran tidak dapat dikeluarkan kerana wang tersebut tidak diterima oleh PPZ.
Sekiranya pelaburan tersebut dibuat melalui pengeluaran duit KWSP maka keuntungan dan modal pokok tersebut tidak perlu dikenakan zakat kerana pemilikan tidak sempurna. Jika modal pelaburan tersebut menggunakan wang sendiri maka zakat dikenakan ke atas harga terendah seunit saham sekiranya mencukupi syarat wajib berzakat.
Jumlah yang dikeluarkan perlu dibayar zakat.
Tolakan KWSP 11% bermaksud tolakan caruman bagi pekerja sahaja tidak termasuk caruman majikan.
Tiada kesan dari segi hukum. Manakala rebat cukai pendapatan mengambil kira tarikh bayaran zakat bukan tahun haul bayaran yang dibuat.
Semua jenis zakat boleh dibayar secara ansuran mengikut kemampuan kewangan pembayar sehingga selesai.
Wajib qadha tanpa gandaan cuma darabkan jumlah pengeluaran tersebut dengan kadar zakat 2.5%.
Wang KWSP yang dikeluarkan tersebut perlu dizakatkan terlebih dahulu sebanyak 2.5% sebaik sahaja dikeluarkan.
Zakat KWSP dikenakan apabila dikeluarkan apabila genap umur persaraan, deposit membeli rumah dan sebagainya. Jumlah yang dikeluarkan perlu didarabkan dengan kadar zakat 2.5 peratus.
Zakat Fitrah (4)
Zakat fitrah hanya berhak kepada 8 asnaf.
Kadar zakat fitrah dan ketentuan nisab diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.
Sah zakatnya. Walaubagaimanapun lebih afdhal dibuat di tempat tinggal.
Tiada qadha zakat fitrah. Sekiranya dibayar selepas waktu yang ditentukan syarak, ianya dianggap sebagai sedekah.
Fidyah (9)
Fidyah dikenakan jika meninggalkan puasa disebabkan bimbang memudaratkan bayi dalam kandungan, walau bagaimanapun puasa tersebut wajib diganti. Jika meninggalkan puasa disebabkan bimbang memudaratkan diri sendiri maka tidak dikenakan fidyah selagi puasa diganti sebelum masuknya Ramadhan tahun berikutnya.
Beras secupak adalah 700 gram manakala berat segantang mengikut makanan ruji masyarakat di Malaysia ialah 2.8kg. (4 cupak = 1 gantang [1 gantang 2.8kg / 4 = 700 gram]).
Tidak boleh disamakan fidyah dengan fitrah kerana 2 perkara yang berbeza dari sudut syarak dan perlaksanaannya.
Mengikut hukum kedua-duanya dibolehkan.
Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.
Golongan fakir dan miskin.
Bayaran fidyah mengikut konsepnya adalah berdasarkan nilai beras tempatan yang dimakan oleh masyarakat umum. Namun sekiranya kadar tersebut dinisbahkan kepada beras yang tinggi nilai dan harganya mengikut pemakanan individu adalah lebih afdhal dengan syarat tidak kurang harganya dari harga beras umum.
Nilai Fidyah untuk sehari meninggalkan puasa ialah secupak beras. Secupak beras mengikut kiraan metrik terkini di Malaysia ialah bersamaan dengan 700 gram. Justeru, secupak = 700 gram beras. Nilaian harga beras bagi 100 gram adalah bersamaan 13.3 sen. Jadi nilaian bagi 700 gram adalah lebih kurang 93.1 sen. Namun begitu adalah lebih afdhal mengikut firman Allah Ta'ala untuk melebihkan bayaran tersebut sebagaimana yang difahami menerusi ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:
"....barangsiapa yang menambah (memberi) lebih dari (yang sepatutnya) itu adalah lebih baik baginya..."
Oleh itu pihak PPZ-MAIWP menetapkan untuk harga fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan setelah digenapkan nilainya sebanyak RM 1.20. Wallahu a'alam.
Sumber harga beras : Beras Nasional (BERNAS)
Golongan yang dikenakan pembayaran Fidyah:
| Bil. | Golongan | Fidyah |
| 1. | Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syarie atau sengaja. | Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah. |
| 2. | Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa. | Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya. |
| 3. | Ibu hamil/ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan : iii.Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya | Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiaranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda. Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah. |
Statistik
- Site Counter: 5,032,626
- Registered Users: 2,084
- Published Nodes: 3,824
- Since: 2009-08-12 15:26


