User login
Bahasa / Language
Zakat Fitrah
RM 7.00
Gold Price
RM 109.41
Yearly Nisab
RM 9,300
Nisab semasa berdasarkan nilai 85 gram emas
- Objektif CSR
- Bantuan Sekolah
- Kalendar Aktiviti
- Senarai Aktiviti
- Galeri Gambar
![]()
- Kertas Kerja
- Jurnal
- Koleksi Teks Khutbah Jumaat dan Tazkirah
- Koleksi Fatwa
- Rujukan Al-Quran
- Rujukan Hadis
![]()
- Kerjaya di PPZ-MAIWP
- Muat turun borang
- Permohonan Online
![]()
- Maklumat Tender
- Muat Turun Borang Tender
- Muat Turun Borang Daftar Pembekal
- Daftar Pembekal Online
- Syarat-Syarat Untuk Pembekal
Ahli terbaru
- Lyn
- anna_75
- alyatr
- jgimmie
- drzulfadzli
Siapa Sedang Online
RSS @ PPZ
Soalan Lazim - Soalan Umum
Wang riba tidak boleh dibersihkan dengan dikeluarkan zakat tetapi perlu diserahkan kesemuanya kepada Pihak Berkuasa Agama untuk kemaslahatan umum.
Harus membuat bayaran zakat sebelum tiba haulnya dan diselaraskan semula apabila cukup haulnya.
PPZ-MAIWP hanya mengeluarkan resit berdasarkan jumlah pembayaran zakat yang diterima sahaja.
Kadar nisab PPZ-MAIWP bagi tahun 2007 adalah RM 6,200 dan bukannya RM 4,600. (Sila rujuk laman web PPZ-MAIWP). Walaubagaimanapun usaha-usaha untuk penyeragaman diperingkat kebangsaan sedang diusahakan.
Berdosa sekiranya cukup syarat-syarat wajib berzakat.
Nombor rujukan pembayar zakat di PPZ-MAIWP ialah nombor kad pengenalan lama atau baru.
Potongan gaji zakat hanya boleh dilaksanakan atas persetujuan majikan dan pembayar. Jika majikan tidak menyediakan kemudahan potongan gaji pembayar boleh memilih saluran bayaran yang lain seperti di Kaunter PPZ, Secara Pos, Kaunter Bank, Kaunter Pejabat Pos, Perbankan Internet dan Arahan Tetap Bank.
Lebihan bayaran zakat melalui potongan gaji tidak akan dipulangkan semula kerana pembayar yang menentukan jumlah potongan zakat yang wajib dibayar semasa mengisi borang potongan gaji. Jika ini berlaku pembayar perlu mengurangkan jumlah potongan bulanan.
Lebihan bayaran tidak akan dipulangkan semula kerana pembayar yang menentukan jumlah zakat yang wajib dibayar.
Pembayaran zakat wang simpanan boleh dibuat dengan menggunakan wang dari mana-mana sumber tidak tertakluk kepada wang dari simpanan tersebut.
Kaedah menunaikan kaffarah adalah berbeza mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Berikut adalah jenis kaffarah dan cara menunaikannya:
i) Kaffarah Jima' (bersetubuh pada siang hari dalam bulan Ramadhan) / Kiffarah Zihar
- Memerdekakan seorang hamba
- Puasa selama 2 bulan berturut-turut
- Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin
(Nilaian untuk memberi makan kepada 60 orang miskin adalah sebanyak segantang beras bagi setiap seorang. Ini bermakna sebanyak 60 gantang beras (bersamaan 168 kg [anggaran setiap satu gantang berharga RM 3.75] menjadikan jumlah keseluruhan 60 gantang = 60 orang miskin = RM 225). Namun begitu, mengikut kebiasaan masyarakat di Malaysia tidak makan nasi kosong semata-mata. Justeru, berdasarkan pandangan daripada Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi nilai ini haruslah dianggarkan kepada jumlah nilai hidangan yang mengenyangkan berdasarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, mengikut kesesuaian masyarakat setempat pihak PPZ-MAIWP mengesyorkan agar nilai harga makanan bagi satu hidangan yang lengkap ialah sebanyak RM5. Oleh itu jumlah kaffarah yang perlu dibayar ialah RM300.
ii) Kaffarah Melanggar Sumpah/Nazar
Kaffarah bagi kesalahan ini mengikut pilihan kemampuan ialah :
- Memberi makan kepada 10 orang miskin (atau dengan nilai RM 5 X 10 orang = RM 50) atau
- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin (pakaian yang dimaksudkan ialah yang sesuai dan menutup aurat serta boleh dibawa sembahyang) atau
- Membebaskan seorang hamba atau
- Berpuasa selama 3 hari berturut-turut.
iii) Kaffarah Pembunuhan Tanpa Niat/Tidak Sengaja
- Membebaskan seorang hamba
- Membayar diyat (satu bentuk bayaran denda) sebanyak 100 ekor unta (atau mengikut anggaran dalam jumlah wang sebanyak RM 100,000).
- Puasa selama 2 bulan berturut-turut beserta taubat nasuha.
Bagi zakat pendapatan lebih afdhal dikeluarkan di negeri tempat bekerja manakala bagi zakat fitrah lebih afdhal dikeluarkan di negeri tempat tinggal.
Kewajipan membayar zakat hanya tertakluk kepada jumlah yang perlu dibayar setelah dibuat pengiraan tetapi jika ianya lebih, bolehlah diniatkan untuk pembayaran zakat harta atau qadha zakat.
Zakat pendapatan dikenakan ke atas semua sumber pendapatan setelah ditolak perbelanjaan asasi dan bakinya melebihi nisab (sila rujuk contoh pengiraan zakat pendapatan).
Tidak dikenakan zakat atas wang pampasan tersebut pada masa diterima, tetapi jika ianya disimpan selama setahun dikenakan atas zakat wang simpanan.
Tidak dikenakan penalti atas kelewatan tersebut.
PPZ-MAIWP hanya mengeluarkan resit berdasarkan jumlah pembayaran zakat yang diterima sahaja.
Pembayaran zakat diberikan rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan.
Kewajipan menunaikan zakat hanya ke atas orang Islam sahaja yang cukup syarat wajib berzakat.
Statistik
- Site Counter: 5,032,791
- Registered Users: 2,084
- Published Nodes: 3,825
- Since: 2009-08-12 15:26


