Lembaga Pengarah PPZ
- Dato' Mustapha
- Dato' Haji Wan Zahidi
- Dato' Haji Che Mat
- Dr Sohaimi Haji Mohd Salleh
- Dr Didi Indra Tjahja
Dato' Mustafa Abdul Rahman | Dato’ Mustafa Abdul Rahman, berusia 58 tahun dan dilahirkan di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu. Beliau berkelulusan dari Kolej Islam Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan University of St Andrews Scotland, United Kingdom. Beliau pernah bertugas di Bahagian Penyelidikan Pusat Islam (1985-1989),Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (1989-1998). Beliau pernah berjawatan sebagai Pengarah di Bahagian Penyelidikan JAKIM dan Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam JAKIM dari tahun 1998 hingga 2003. Jawatan terakhir beliau di JAKIM adalah sebagai Ketua Pengarah Jakim sehingga 2007 Beliau kini menjawat jawatan Pengerusi PPZ. |
Dato' Haji Wan Zahidi Wan Teh | Dato’ Haji Wan Zahidi dilahirkan di Grik, Perak Darul Ridzuan dan berusia 65 tahun. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Syariah) dari Universiti Al Azhar, Mesir pada tahun 1971. Setahun kemudian beliau mendapatkan Diploma Am Pendidikan dari Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir. Pada tahun 1974, beliau menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana (MA) Usul Fiqh Universiti Al Azhar, Mesir. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan (1982-1986/1988-1993). Beliau turut bertugas sebagai Pensyarah Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1993 hingga 1994. Dalam tahun 2000 beliau menjadi Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Dato’ Haji Wan Zahidi pernah memegang jawatan Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan bermula 2002 hingga 2004. Beliau turut terbabit sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Kini beliau berjawatan Sahibul Samahah Mufti Wilayah Persekutuan. |
Dato' Che Mat Che Ali | Y. Bhg. Dato' Haji Che Mat Bin Che Ali berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah dan Diploma Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berusia 55 tahun. Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan Islam pada tahun 1978 hingga 1982. Pernah berkhidmat sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia Indonesia (1982-1986),bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) (1986-1987),Pusat Penyelidikan Islam BAHEIS (1987-1996) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (1998-2002).Pernah memegang jawatan Pengarah di Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-Undang JAKIM (2002-2003) dan Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA) (2004-2005). Jawatan beliau kini adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. |
Dr Sohaimi Haji Mohd Salleh |
Dr Didi Indra Tjahja | Dr Didi Indra Tjahja berkelulusan BSc (Med) dari Universiti Thsakti pada tahun 1976 dan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Beliau berkhidmat dengan PUSRAWI (Pusat Rawatan Islam) bermula 03/12/2004 sehingga sekarang. |







