Waktu
Solat
10 Mar 2010 24 Rabiulawal 1431
[]

Cara Bayar - Potongan Gaji

Difailkan dibawah:

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui potongan gaji ditempat anda bekerja. Tindakan seperti berikut:

Tindakan Pembayar

Pembayar mengisi Borang Potong Gaji (052) dan menentukan jumlah potongan sebulan dihantar kepada majikan/bahagian gaji pembayar
    
Download Borang Potongan Gaji

Tindakan Majikan

Majikan akan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  1. Memastikan jumlah potongan tidak melebihi had dikenakan oleh jabatan buruh.
  2. Memastikan setiap dokumen yang perlu dihantar ke PPZ (setiap bulan) seperti;
    i. Senarai nama pembayar beserta no. Kad Pengenalan lama dan baru serta jumlah potongan setiap individu.
    ii. Setiap pembayar baru, majikan perlu menghantar salinan bagi Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat (salinan PPZ).
    iii. Menulis cek pembayaran zakat atas nama “PUSAT PUNGUTAN ZAKAT”
  3. Memastikan setiap pembayaran potongan sampai selewat-lewatnya 10hb. bulan berikutnya.
  4. Kaedah pembayaran zakat ini boleh juga dibuat melalui Sistem VADS dan PPZ PG.

Download Borang Bayaran Zakat Bulanan

Tindakan PPZ

  1. PPZ akan menghantar surat pengesahan penerimaan bayaran bulanan kepada majikan setiap bulan
  2. PPZ akan menghantar penyata pembayaran zakat kepada pembayar 2 kali setahun (pada bulan Julai dan Januari) dan terus diposkan kepada pembayar