PERANAN AGIHAN ZAKAT DALAM MENINGKATKAN TAHAP EKONOMI UMMAH
Kertas ini bertujuan untuk membuktikan kemampuan agihan zakat berperanan dalam meningkatkan ekonomi ummah. Kertas ini dimulakan dengan menjelaskan kedudukan zakat dalam kehidupan Muslim. Seterusnya kertas ini membincangkan pandangan Islam secara teori berkaitan peranan agihan zakat, di mana zakat berperanan mengatasi masalah sosio ekonomi umat Islam melalui agihan semula pendapatan, yang mampu mengurangkan jurang agihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Ini disokong dengan pembuktian data empirikal yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa agihan zakat berjaya merapatkan jurang agihan pendapatan serta menurunkan kadar dan beban kemiskinan. Selanjutnya kertas ini mencadangkan pelan tindakan bersepadu untuk mempastikan keberkesanan agihan zakat dalam meningkatkan tahap ekonomi ummah. Pelan tindakan ini melibatkan kerjasama dan tindakan bersepadu dari tiga pihak yang utama, iaitu pihak agensi zakat, para penerima agihan zakat, dan pihak kerajaan.


