Berita PPZ
BOWLING MEDIA ERATKAN SILATURRAHIM
Kuala Lumpur, 3 Julai 2010 – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan satu kejohanan bowling yang diadakan di Ampang Superbowl, Ampang. 24 buah pasukan yang terdiri dari organisasi media menyertai kejohanan pada kali ini. Kejohanan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak PPZ-MAIWP dengan pihak media yang telah membantu PPZ dalam mempromosikan zakat.
PPZ-MAIWP Serah Wang Bantuan Kecemasan kepada Mangsa Kebakaran
Cheras, 29 Jun 2010 - Skuad Bantuan Kecemasan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah turun padang bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Sungai Kerayong, Maluri Cheras, Kuala Lumpur.
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DBKL TUNAI ZAKAT
Kuala Lumpur,23 Jun 2010/10 Rejab 1431H - Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-pegawai DBKL yang ke 52,satu majlis pembayaran zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah diadakan.
HOSPITAL PUSRAWI MAIWP BAYAR ZAKAT
Kuala Lumpur,24 Jun 2010 / 11 Rejab 1431H - Hospital Pusrawi MAIWP telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 135,042.85 bagi tahun haul 2009 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) .Cek pembayaran zakat Hospital Pusrawi MAIWP telah diserahkan oleh Lt.Jeneral Datuk Abdul Aziz Hasan (B) kepada Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman.
Pahang juara kali ke 4
Kuala Lumpur, 12 Jun 2010 - Pusat Kutipan Zakat Pahang mengekalkan kejuaraan berpasukan buat kali keempat dengan menenangi empat daripada lima kejuaraan pada pertandingan akhir Kejohanan Zakat Cup 2010 buat kali keenam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bertempat di Stadium Badminton Cheras disertai oleh 12 pasukan termasuk pasukan jemputan istimewa dari negara jiran iaitu Dompet Dhuafa Republika, Indonesia. Seterusnya »
LZS LAWAT PPZ
Kuala Lumpur, 31 Mei 2010/17 Jamadilakhir 1431H-Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah menerima kunjungan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS). Rombongan seramai 22 orang kakitangan LZS itu yang terdiri dari pelbagai Bahagian dan Jabatan diketuai oleh Pengurus Besar LZS, Tuan Haji Ahmad Shahir Makhtar. Seterusnya »
BAZNAZ LAWAT PPZ
Kuala Lumpur,14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431H (Jumaat) - Pusat Pungutan Zakat (PPZ)telah menerima kunjungan dari Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAZ) Republik Indonesia. Seterusnya »
Bank Rakyat serah zakat RM2.76 juta
Kuala Lumpur, 21 Mei 2010 – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MIAWP) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) berjumlah RM2.765 juta.
PPZ dan MATA anjur bengkel zakat
Kuala Lumpur, 21 April 2010 – Sermai 25 ejen Persatuan Percukaian Malaysia (MATA) dan Firma Audit telah menghadiri bengkel zakat yang diadakan di Dewan Perdana Felda dan dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Pengurus Besar PPZ.
Tujuan bengkel ini diadakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan prosedur dan proses kutipan zakat yang perlu dipatuhi agar perkhidmatan zakat yang ditawarkan selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak PPZ. Seterusnya »
PPZ, Pusat Muktamar Islam MAS bantu penduduk Islam Kampuchea
Kampuchea, 23 April 2010 - Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pusat Muktamar Islam MAS (Malaysian Airline Systems) diketuai Haji Sharifuddin Bin Ahmad Pengerusi Biro Bantuan Antarabangsa, Pusat Muktamar Islam MAS telah menyumbang sebanyak RM37,000 beserta beberapa barangan seperti sejadah, al-Quran dan pakaian kepada saudara Islam di Kampuchea dalam satu program bantuan pada 23 hingga 25 April 2010 lalu. Seterusnya »


