Piagam Pelanggan

Hak Pelanggan

  • Mendapat penerangan yang jelas.
  • Mendapat layanan yang baik.
  • Mendapat kemudahan membayar.
  • Boleh memilih cara membayar.
  • Boleh memilih mengira sendiri zakat yang hendak dibayar.
  • Mendapat resit serta-merta apabila membayar di kaunter.
  • Mendapat resit dalam tempoh 14 hari dari tarikh pelanggan menghantar pembayaran melalui pos.
  • Maklumat pembayar dirahsiakan.
  • Mendapat statistik kutipan tahunan.

Tanggungjawab Pelanggan

  • Memberi maklumat yang bersangkutan dengan pengiraan zakat.
  • Memberi maklumat yang tepat.
  • Memberi maklumat apabila sampai masa untuk membayar zakat (cukup tempoh dan nisab).
  • Membayar zakat secepat mungkin apabila sampai masa.
  • Membayar zakat bagi pihak tanggungan (sekiranya zakat fitrah).
  • Menolong mengingatkan rakan dan saudara berkenaan tanggungjawab berzakat.