Y. Bhg. Dato' Mustapha Abdul Rahman
Dato' Mustafa Abdul Rahman | Dato’ Mustafa Abdul Rahman, berusia 58 tahun dan dilahirkan di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu. Beliau berkelulusan dari Kolej Islam Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan University of St Andrews Scotland, United Kingdom. Beliau pernah bertugas di Bahagian Penyelidikan Pusat Islam (1985-1989),Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (1989-1998). Beliau pernah berjawatan sebagai Pengarah di Bahagian Penyelidikan JAKIM dan Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam JAKIM dari tahun 1998 hingga 2003. Jawatan terakhir beliau di JAKIM adalah sebagai Ketua Pengarah Jakim sehingga 2007 Beliau kini menjawat jawatan Pengerusi PPZ. |



