Waktu
Solat
9 Sep 2010 30 Ramadan 1431
[]

Saya bekerja di sebuah syarikat yang mana 85% pemegang saham dikuasai oleh bukan muslim dan saya diberitahu bahawa pihak HR tidak menyediakan kemudahan potongan gaji zakat. Apakah hak saya untuk membayar zakat secara potongan gaji dan bolehkah saya menuntut hak ini dari pihak atasan syarikat ini?

Difailkan dibawah:

Potongan gaji zakat hanya boleh dilaksanakan atas persetujuan majikan dan pembayar. Jika majikan tidak menyediakan kemudahan potongan gaji pembayar boleh memilih saluran bayaran yang lain seperti di Kaunter PPZ, Secara Pos, Kaunter Bank, Kaunter Pejabat Pos, Perbankan Internet dan Arahan Tetap Bank.