Perkembangan Dan Pentadbiran Zakat Kontemporari
Terlebih dahulu sukalah saya jelaskan bahawa skop perbincangan saya dalam tajuk ini, lebih menjurus kepada pentadbiran mengikut sorotan dari seorang yang berlatar belakangkan Jabatan Persekutuan. Jadi perbincangan saya ini tertumpu kepada apa yang dilaksanakan secara umum di peringkat persekutuan. Manakala detail pentadbiran di peringkat negeri, tuan-tuanlah yang lebih arif, lebih berpengalaman kerana tuan-tuan datang dari negeri, terlibat secara langsung di peringkat grass-root . Walau bagaimanapun Insya Allah pengalaman yang kita ada dapat kita kongsikan bersama, bersesuaian dengan kaedah dan tanggungjawab mengajar/menyampai bagi yang tahu, belajar/menerima bagi yang tidak tahu. Sama-sama kita berkongsi pengalaman untuk kebaikan. Insya Allah.


