SIJIL SIMPANAN PREMIUM BANK SIMPANAN NASIONAL: SATU ANALISA MENURUT HUKUM SYARAK
Dalam rangka mempelbagaikan produk, institusi kewangan konvensional dalam kreativiti mereka menyediakan antara lain; produk sijil simpanan yang menawarkan hadiah-hadiah tertentu kepada pemilik-pemilik sijil yang bertuah setelah diadakan undian atau cabutan bertuah. Meskipun produk sebegini bukanlah amalan judi yang dilarang kerana tidak melibatkan wang pertaruhan atau risiko hilangnya wang simpanan, namun apa yang sebenarnya berlaku ialah pendekatan baru dalam mengagihkan riba. Jika dalam pendekatan lama, riba diberi kepada setiap penyimpan akaun simpanan atau simpanan tetap, maka pendekatan baru mengagihkan riba dengan menukarkannya dalam bentuk hadiah menarik, yang meliputi kereta mewah hinggalah kepada pelbagai alat-alat kelengkapan atau keperluan rumah. Sijil simpanan sebegini adakalanya turut diberi dividen atau keuntungan, namun ianya masih berbau riba kerana sumbangan simpanan penyimpan tidak bertitiktolak dari kontrak pelabur seperti mudarabah dan musyakarah, apatah lagi kedudukan simpanan itu dijamin oleh pihak tertentu, yang jelas menunjukkan simpanan sedemikian bukanlah pelaburan dalam erti kata yang sebenarnya.


