Unit Integriti PPZ-MAIWP ditubuhkan secara rasmi pada bulan April 2021. Sebelum itu, unit ini digabungkan bersama Unit Audit dan Integriti. Unit Integriti melaksanakan enam (6) fungsi teras dengan pelaksanaan pelaporan terus kepada Lembaga Pengarah Hartasuci Sdn Bhd melalui Jawatankuasa Audit & Governance PPZ-MAIWP.
Fungsi Utama
Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan melalui beberapa inisiatif integriti iaitu:
- Memperkenalkan polisi-polisi berkaitan integriti
- Membuat pemantauan keatas polisi dan prosedur yang berkuatkuasa.
Pengukuhan Integriti
- Memastikan pembudayaan, pemahaman pelaksanaan integriti dalam organisasi melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang termasuklah melalui hebahan integriti, ceramah serta kuiz berkaitan integriti.
Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
Pengurusan Aduan
- Pengurusan penerimaan maklumat/ aduan salah laku (rasuah/salah gunakuasa/penyelewengan) serta perlanggaran tatakelakuan dan etika syarikat melalui saluran-saluran aduan yang disediakan.
Tatatertib
- Unit Integriti bertindak sebagai urus setia bagi mengendalikan fungsi Tatatertib yang diletakkan adala dibawah tanggungjawab Lembaga Disiplin.
Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.