Piagam Pelanggan
Syahril Zulkefli2023-07-24T08:06:28+08:00
Hak Pelanggan
- Mendapat penerangan yang jelas.
- Mendapat layanan yang baik.
- Mendapat kemudahan membayar.
- Boleh memilih cara membayar.
- Boleh memilih mengira sendiri zakat yang hendak dibayar.
- Mendapat resit serta-merta apabila membayar di kaunter.
- Mendapat resit dalam tempoh 14 hari dari tarikh pelanggan menghantar pembayaran melalui pos.
- Maklumat pembayar dirahsiakan.
- Mendapat statistik kutipan tahunan.
Tanggungjawab Pelanggan
- Memberi maklumat yang bersangkutan dengan pengiraan zakat.
- Memberi maklumat yang tepat.
- Memberi maklumat apabila sampai masa untuk membayar zakat (cukup tempoh dan nisab).
- Membayar zakat secepat mungkin apabila sampai masa.
- Membayar zakat bagi pihak tanggungan (sekiranya zakat fitrah).
- Menolong mengingatkan rakan dan saudara berkenaan tanggungjawab berzakat.