Apa Itu Zakat Perniagaan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Dalil Zakat Perniagaan
Firman Allah SWT yang bermaksud:
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Surah Al-Nur (24): 37
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).
HR Bukhari
Asas Umum Pengiraan Zakat Perniagaan
Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.
Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal
Syarat Wajib Zakat Perniagaan
-
Muslim
Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
-
Sempurna Milik
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
-
Cukup Nisab
Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram harga emas semasa.
-
Cukup Haul
Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
-
Niat Berniaga
Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
-
Barang Perniagaan Dan Perkhidmatan Yang Halal
Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.
Formula Zakat Perniagaan
Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan
Kaedah 1: Modal Kerja
Formula Kiraan:
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%
Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.
Kaedah 2: Modal Berkembang
Formula Kiraan:
[Ekuiti Pemilik – Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap] X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%
Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.
Kaedah 3: Untung Rugi
Formula Kiraan:
[Hasil/Jualan/Perolehan – Belanja/Kos Yang Ditanggung] X 2.5%
Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.
Contoh Pengiraan Zakat Perniagaan
Kaedah 1: Modal Kerja (Syarikat)
Contoh penyata kewangan syarikat.
RM | RM | |
Aset Tetap | ||
Kenderaan | 600,000 | |
Perabot dan Kelengkapan | 1,000,000 | |
Bangunan | 10,000,000 | |
11,600,000 | ||
Aset Separuh Tetap | ||
Pelaburan dalam Syarikat Subsidiari | 2,100,000 | |
Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu | 1,300,000 | |
Pelaburan Saham Siarharga dan Tak Siarharga | 600,000 | |
4,000,000 | ||
Aset Semasa | ||
Stok | 4,100,000 | |
Penghutang Perniagaan dan Lain-lain Penghutang | 1,000,000 | |
Deposit Tetap | 350,000 | |
Wang Tunai di Bank dan di Tangan | 100,000 | |
Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah | 250,000 | |
Jumlah Aset Semasa | 5,800,000 | |
Tolak : Liabiliti Semasa | ||
Pemiutang Perniagaan dan Lain-lain Pemiutang | 2,000,000 | |
Pinjaman Jangka Pendek | 400,000 | |
Cukai | 2,000,000 | |
Dividen Dicadangkan | 500,000 | |
Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah | 500,000 | |
Jumlah Liabiliti Semasa | (5,400,000) | |
Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih | 400,000 | |
16,000,000 | ||
Dibiayai Oleh: | ||
Modal Saham Berbayar | 5,000,000 | |
Rezab / Keuntungan (Kerugian Terkumpul) | 7,450,000 | |
Dana Pemegang Saham | 12,450,000 | |
Pinjaman Jangka Panjang | 3,550,000 | |
16,000,000 |
Nota
- RM100,000 Stok bahan mentah dan barang separuh siap
- Lain-lain Penghutang Deposit utiliti dan akaun prabayar berjumlah RM50,000
- Sejumlah RM50,000 telah dicagarkan kepada bank
- Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap
- Lain-lain pemiutang deposit diterima dan akaun terakru berjumlah RM50,000
- Terdiri daripada overdraf bank
- Cadangan dan peruntukan
- Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap
Pengiraan Zakat Perniagaan Syarikat
RM | RM | |||||
A | Modal Kerja | |||||
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] | ||||||
RM5,800,000 – RM5,400,000 | 400,000 | |||||
B | Tolak : Pelarasan Aset Semasa | |||||
| 100,000 | |||||
| 50,000 | |||||
| 50,000 | |||||
| 250,000 | |||||
Jumlah Pelarasan Aset Semasa | (450,000) | |||||
C | Campur : Pelarasan Liabiliti Semasa | |||||
| 50,000 | |||||
| 400,000 | |||||
| 500,000 | |||||
| 500,000 | |||||
Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa | 1,450,000 | |||||
D | Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C] | 1,400,000 | ||||
Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas) | ||||||
E | Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh) | 58% | ||||
F | Jumlah Lebihan Aset Selepas Peratusan Saham Muslim [D X E%] | 812,000 | ||||
G | Kadar Zakat | 2.5% | ||||
Jumlah Zakat [F X G] | 20,300 |
Kaedah 1: Modal Kerja (Koperasi)
Contoh penyata kewangan koperasi.
RM | RM | |
Aset Tetap | ||
Alatan dan Kelengkapan | 3,450,000 | |
Aset Separuh Tetap | ||
Pelaburan | 1,000,000 | |
Pinjaman Ahli-ahli | 8,400,000 | |
9,400,000 | ||
Aset Semasa | ||
Stok | 1,855,000 | |
Pelbagai Hutang dan Pendahuluan | 9,100,000 | |
Simpanan Tetap dengan Institusi Kewangan | 1,000,000 | |
Wang Tunai di Bank dan di Tangan | 500,000 | |
Jumlah Aset Semasa | 12,455,000 | |
Tolak : Liabiliti Semasa | ||
Pelbagai Pemiutang dan Terakru | 305,000 | |
Pemiutang Sewa Beli | 1,000,000 | |
Peruntukan Cukai | 2,250,000 | |
Peruntukan Zakat | 250,000 | |
Jumlah Liabiliti Semasa | (3,805,000) | |
Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih | 8,650,000 | |
21,500,000 | ||
Dibiayai Oleh: | ||
Modal Yuran Anggota | 13,000,000 | |
Akaun Untung Rugi Terkumpul | 1,500,000 | |
Kumpulan Wang Anggota | 14,500,000 | |
Kumpulan Wang Rizab Modal | 2,500,000 | |
Kumpulan Wang Rizab Menebus Syer | 500,000 | |
Kumpulan Wang Pelbagai | 3,000,000 | |
Ganjaran Persaraan | 1,000,000 | |
7,000,000 | ||
21,500,000 |
Nota
- Prabayar, deposit seperti utiliti, pertaruhan dan pinjaman ahli
- Contoh:
- Peruntukan honorarium lembaga pengarah dicadangkan
- Pertaruhan deposit dan pendahuluan
- Pertaruhan wang bukan anggota
- Pinjaman tahun semasa
- Hanya peruntukan
Pengiraan Zakat Perniagaan Koperasi
RM | RM | |||||
A | Modal Kerja | |||||
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] | ||||||
RM12,455,000 – RM3,805,000 | 8,650,000 | |||||
B | Tolak : Pelarasan Aset Semasa | |||||
| 9,100,000 | |||||
Hasil Diterima (Simpanan Tetap) Hasil Tidak Syari’e | 100,000 | |||||
Jumlah Pelarasan Aset Semasa | (9,200,000) | |||||
C | Campur : Pelarasan Liabiliti Semasa | |||||
| 305,000 | |||||
| 1,000,000 | |||||
| 250,000 | |||||
Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa | 1,555,000 | |||||
D | Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C] | 1,005,000 | ||||
Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas) | ||||||
E | Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh) | 100% | ||||
F | Kadar Zakat | 2.5% | ||||
Jumlah Zakat [D × E × F] | 25,125 |
Kaedah 2: Modal Berkembang
Contoh Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad
Contoh perakaunan sebenar tidak dapat dipersembahkan kerana bersifat komprehensif. Pengiraan dibuat berdasarkan asas-asas berikut:
- Melihat kepada struktur dana.
- Tiada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.
- Penentuan ke atas pemilikan saham.
Kaedah 3: Untung Rugi
Kaedah ini mengambil kira semua hasil / jualan / perolehan setahun ditolak segala kos / perbelanjaan setahun yang ditanggung. Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5% (bersamaan @ melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos / perbelanjaan.
Pengiraan Zakat Perniagaan Kaedah Untung Rugi
Perkara | RM | |
A | Hasil / Jualan / Perolehan | RM300 sehari X 5 hari berniaga = RM1,500 semingguRM1,500 X 4 minggu = RM6,000 sebulanRM6,000 X 12 bulan = RM72,000 setahun |
B | Tolak : Belanja / Kos Setahun | (RM10,000) |
C | Keuntungan Bersih Setahun [A – B] (Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas) | RM72,000 – RM10,000 = RM62,000 |
D | Kadar Zakat | 2.5% |
E | Zakat Perniagaan [C × D] | RM1,550 |
Perlukan Bantuan Untuk Kiraan Zakat Perniagaan?
Sila hubungi 1-300-88-5757 atau hantarkan emel ke udp@zakat.com.my.