Wakalah

Pengenalan

Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti yang membayar zakat di Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Entiti Yang Dibenarkan Memohon Wakalah

 EntitiJenis ZakatJumlah Zakat Minima Setahun
1.IndividuZakat Harta / PendapatanRM20,000.00 dan ke atas
2.Syarikat atau organisasiZakat PerniagaanRM10,000.00 dan ke atas
3.MajikanPotongan Gaji Zakat KakitanganRM100,000.00 dan ke atas
4.Institusi Pengajian TinggiPotongan Gaji Zakat KakitanganTiada had minima

Terma dan Syarat

  1. Pemegang Wakalah bertindak sebagai Wakil kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengagihkan zakat kepada asnaf yang layak.
  2. Permohonan Wakalah dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.
  3. Setiap entiti layak memohon wakalah mengikut kadar pengembalian tertentu dengan jumlah bayaran zakat tertentu.
    Kadar kelayakan peratusan wakalah berdasarkan jumlah bayaran zakat entiti tersebut (rujuk jadual Kadar Pengembalian Semula di bawah).
  4. Pemohon Wakalah hendaklah menyediakan Laporan Agihan Zakat melalui Sistem MyWakalah. Panduan penyediaan Laporan Agihan Zakat boleh dirujuk di dalam Sistem MyWakalah

Kadar Pengembalian Semula

Individu

Kriteria

  1. Membayar semua jenis Zakat Harta kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  2. Had minimum 12.5% sekiranya membuat bayaran zakat RM20,000.00.
  3. Had maksimum 50% sekiranya membuat bayaran zakat RM1,000,000.00 ke atas.

Syarikat atau Organisasi

Kriteria

  1. Membayar jenis Zakat Perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  2. Had minimum 37.5% sekiranya membuat bayaran zakat RM10,000.00.
  3. Had maksimum 50% sekiranya membuat bayaran zakat RM1,000,000.00 ke atas.

Majikan

Kriteria

  1. Majikan membuat bayaran potongan gaji kakitangan ke Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  2. Had minimum bayaran potongan gaji kakitangan RM100,000.00 setahun.
  3. Had maksimum 37.5% sekiranya mewajibkan sekurang-kurangnya 80% kakitangan membuat potongan zakat kepada PPZ-MAIWP.

Institusi Pengajian Tinggi

Kriteria

  1. IPT membuat bayaran potongan gaji kakitangan ke Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
  2. Tiada kadar minimum bayaran potongan gaji kakitangan setahun.
  3. IPT layak menerima wakalah 50% atas bayaran potongan gaji kakitangan.

Carta Alir Prosedur Pengembalian Semula Wang Zakat

Untuk maklumat lanjut boleh menghantar emel ke wakalah@zakat.com.my atau menghubungi Careline kami.

Pertanyaan & Permohonan Wakalah
Wakalah Umum

Pertanyaan & Permohonan Wakalah Individu
Wakalah Individu

Pertanyaan & Permohonan Wakalah Organisasi
Wakalah Syarikat/Organisasi/Majikan/IPT