KZB atau Kaunter Zakat Bergerak merupakan kaunter zakat yang akan berada di lokasi-lokasi tertentu untuk memudahkan anda menjalankan tanggungjawab berzakat.
Kelebihan KZB
- Kami akan ke lokasi-lokasi terpilih dengan van bergerak.
- Resit rasmi akan dikeluarkan sama seperti anda membayar di kaunter ataupun melalui portal kami.
- Anda boleh membuat tempahan untuk kami ke tempat anda [1].
Cara Membayar Zakat Melalui KZB
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan di borang permohonan yang kami sediakan. Pastikan maklumat anda tepat bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.
- Pegawai kami akan menghubungi anda untuk membuat pengesahan temujanji [2].
- Van bergerak kami akan ke tempat anda pada tarikh dan masa yang telah dipersetuji.
Syarat-Syarat Tempahan
- Jumlah minimum pengunjung mestilah sekurang-kurangnya 100 orang.
- Tertakluk kepada kekosong slot pegawai zakat kami.
- Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh temujanji.
Jadual KZB
Nota:
- Tertakluk kepada program yang anda jalankan dengan jumlah peserta yang melebihi 100 orang.
- Permohonan anda akan dinilai berdasarkan tarikh, masa dan lokasi program anda.