Skim Kafalah Muzakki (SKM)

Apa Itu Skim Kafalah Muzakki

Satu skim berbentuk sumbangan khairat kematian yang diberikan kepada Waris Pembayar Zakat sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang PPZ-MAIWP terhadap pembayar zakat yang telah melaksanakan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP. Disamping itu dapat membantu mengurangkan bebanan kepada waris pembayar zakat apabila berlaku kematian. Waris akan menerima sumbangan sehingga RM3,000. Jumlah sumbangan yang akan diberikan kepada Waris tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.

Syarat-syarat Skim Kafalah Muzakki

  1. Pembayar membayar Zakat Harta di PPZ-MAIWP setiap tahun dengan minimum bayaran RM50 setahun disemua saluran bayaran zakat PPZ-MAIWP.
  2. Pembayar yang membuat bayaran Zakat Harta dalam tahun kematian atau 1 tahun sebelum tahun kematian.
  3. Waris Pembayar Zakat hendaklah menghantar borang permohonan skim dalam TEMPOH 6 BULAN dari tarikh kematian.
  4. Bayaran selain daripada Zakat Harta tidak layak menerima skim ini.
  5. Tempoh menunggu untuk permohonan lulus adalah selama 14 hari bekerja.
  6. Layak memohon sekiranya Tarikh Kematian 30 hari dari tarikh bayar zakat kecuali disebabkan Kematian Mengejut.

Siapakah Yang Layak Memohon SKM

  1. Waris terdekat yang terdiri daripada:
    • Suami atau isteri kepada si mati.
    • Ibu / bapa / ibubapa angkat yang sah dari sudut undang-undang kepada si mati.
    • Anak kandung / anak angkat yang sah dari sudut undang-undang kepada si mati.
    • Adik-beradik si mati.
  2. Pihak ketiga iaitu selain daripada waris terdekat di atas.

Prosedur dan Dokumen Wajib Disediakan

  • Mengisi Borang Skim Kafalah Muzakki dan serahkan borang tersebut di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan yang berdekatan.
  • Salinan sijil kematian si mati.
  • Salinan kad pengenalan si mati (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan waris terdekat / pihak ke-3.
  • Salinan sijil perkahwinan atau sijil lahir si mati & waris terdekat.
  • Surat kuasa daripada waris terdekat atau surat akuan bersumpah bagi pemohon pihak ketiga.
  • Salinan muka surat nombor akaun bank atau salinan penyata akaun bank waris / pihak ketiga.

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan boleh dibuat secara online dan di Kaunter terdekat PPZ-MAIWP. Klik untuk melihat semua senarai kaunter PPZ-MAIWP. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 1-300-88-5757.