Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah s.w.t.
![]()
Usaha untuk merubah dari yang baik kepada lebih baik bukanlah mudah. Justeru pada awal tahun 1990 bahawa sistem pungutan zakat boleh dilaksanakan secara sistematik, menggunakan teknologi terbaru dengan cekap dan berkesan mula dicetuskan.
Justeru cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP) Tan Sri Dr. Yusof Noor. Jawatankuasa petugas ini diketuai Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, manakala ahli-ahlinya Haji Omar Thean Abdullah, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz. Pasukan petugas ini memulakan tugasan pada 20 Disember 1989. Antara tugas-tugas kumpulan ini memberi panduan timbal balik pada kajian yang dibuat oleh satu firma perunding yang dipilih. Perkara asas yang dicadangkan dalam kajian tersebut bahawa sebuah Yayasan perlu diwujudkan oleh MAIWP. Tujuan penubuhan Yayasan mewujudkan pengurusan berbentuk korporat untuk mengendalikan usaha pungutan zakat bagi pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan.
KEM MOTIVASI & PEMANTAPAN SAHSIAH REMAJA PERDANA 2010 (MANTAP 2010)
Kuala Lumpur- 9 Ogos 2010 – Bertempat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan telah diadakan satu Program Kem Motivasi dan Pemantapan Sahsiah Remaja Perdana 2010 (MANTAP 2010).
MAJLIS PERLANTIKAN PEJABAT POS SURIA KLCC SEBAGAI KAUNTER ANGKAT PPZ-MAIWP
Kuala Lumpur City Center - Pada 29 Julai lalu telah berlangsung satu majlis perlantikan pejabat pos suria KLCC sebagai kaunter angkat PPZ-MAIWP. Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Pusat Pungutan Zakat, Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Wan Mohd Zain Wan Mamat, Pengurus Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pos Malaysia Berhad.
BOWLING MEDIA ERATKAN SILATURRAHIM
Kuala Lumpur, 3 Julai 2010 – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan satu kejohanan bowling yang diadakan di Ampang Superbowl, Ampang. 24 buah pasukan yang terdiri dari organisasi media menyertai kejohanan pada kali ini. Kejohanan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak PPZ-MAIWP dengan pihak media yang telah membantu PPZ dalam mempromosikan zakat.
- 1 of 107
- ››
ASNAF DIRAI DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN RAMADHAN DAN PENYERAHAN TAULIAH AMIL 1431H/ 2010M MAIWP CAWANGAN LABUAN
2 Ogos 2010M
bersamaan 21 Syaaban 1431H - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan
Labuan melalui Unit Keurusetiaan Dan Operasi Baitulmal telah mengadakan Malis
Penyampaian Bantuan Ramadhan Dan Penyerahan Tauliah Amil 1431H/ 2010M di Grand
Dorsett Labuan Hotel, Wilayah Persekutuan Labuan.
MAIWP SUMBANGKAN RM20,000 KEPADA TIJARAH RAMADHAN
Tabung rancangan Tijarah Ramadhan
1431H menerima sumbangan RM20,000 daripada MAIWP pada tahun ini.
MAIWP LABUAN SENTIASA PRIHATIN TERHADAP PENIAGA

Labuan 07 Julai 2010 – Pihak MAIWP Labuan sentiasa prihatin dengan Golongan Fakir dan Miskin di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada masa yang sama, pihak MAIWP Labuan sentiasa menggalakkan dan membantu golongan Asnaf keluar daripada garisan kemiskinan.
- 1 of 16
- ››


